AGENDA

Rebat pengangkutan vaksin, bekalan diagih akhir Jun

9 Jun 2021, 10:08 AM
Rebat pengangkutan vaksin, bekalan diagih akhir Jun

SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri menawarkan rebat RM20 kepada pengguna perkhidmatan e-panggilan Grab untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Julai.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melibatkan peruntukan sejumlah RM1 juta bakal memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu di Selangor.

"Langkah ini sebagai pemudah cara serta menggalakkan rakyat terutama warga emas mendapat suntikan vaksin Covid-19.

"Selain itu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membantu mereka yang menetap jauh dari PPV serta tiada capaian pengangkutan awam atau e-panggilan," katanya  membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 hari ini.

Beliau mengumumkan Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan bertemakan ‘Bersama-sama Menuju Kejayaan’ meliputi tiga strategi dan 25 program memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.

Tambah Amirudin, Program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor untuk mempercepat imuniti kelompok rakyat bermula akhir Jun.

"Kerajaan Negeri memuktamadkan perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk membekalkan vaksin secara berfasa.

"Fokus penerima vaksin dalam kalangan warga emas, pekerja industri serta kilang. Kita juga mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi

belum menerima vaksin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619