AGENDA

Jangan banding vaksin, terima suntikan demi keselamatan

9 Jun 2021, 12:36 AM
Jangan banding vaksin, terima suntikan demi keselamatan

SHAH ALAM, 9 JUN: Masyarakat dinasihat tidak membandingkan jenis vaksin sama ada Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, kata Ahli Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menurut Dato' Dr Khalid Ibrahim sebaliknya mereka perlu menerima suntikan dan melengkapkan kedua-dua dos bagi mencapai imuniti kelompok di samping menjaga keselamatan nyawa sendiri dan orang sekeliling daripada dijangkiti wabak.

"Vaksin mana sangat berkesan adalah vaksin yang kamu terima, saya minta anda semua tidak membandingkan jenisnya, yang penting adalah keselamatan nyawa," katanya menerusi siaran langsung 'Forum Covid-19: Vaksin Mana Yang Terbaik' menerusi Facebook malam tadi.

Selain itu, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata masyarakat tidak seharusnya menyebarkan berita palsu yang hanya akan menakutkan segelintir individu untuk menerima vaksin.

"Sebagai contoh, vaksin AstraZeneca sebelum ini ada kes mati di beberapa negara selepas menerima suntikan tersebut. Namun, hakikatnya sekarang apabila kerajaan buka secara sukarela ramai orang berebut untuk dapatkannya.

"Saya menyeru anda semua jangan mengemparkan sesuatu perkara sebaliknya terima apa sahaja vaksin diperoleh," katanya.

Setakat 6 Jun lalu, seramai 238,474 petugas barisan hadapan serta 248,013 warga emas dan golongan berpenyakit di negeri ini telah menerima satu dos vaksin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619