AGENDA

Jangkitan Covid-19 turun lebih 1,000 kes dalam dua minggu

8 Jun 2021, 12:48 PM
Jangkitan Covid-19 turun lebih 1,000 kes dalam dua minggu

SHAH ALAM, 8 JUN: Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia menurun sebanyak 1,379 kes iaitu 2.6 peratus dalam tempoh dua minggu dari 23 Mei hingga 5 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu bermula 12 Mei lalu.

"Namun, dalam tempoh yang sama jumlah kes aktif didapati terus meningkat susulan kenaikan kes mendadak pada minggu epidemik (ME) ke-20 dan ME ke-21.

"Sebanyak 57,022 kes aktif dikesan pada 23 Mei (ME ke-21) dan pada ME ke-22 meningkat kepada 78,017 kes iaitu peningkatan sebanyak 37 peratus," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, jumlah kes aktif dicatatkan di seluruh negara hari ini adalah sebanyak 82,797 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619