ADN

DUN Subang Jaya sumbang 6,000 roti kepada pesakit CAC Stadium Malawati

8 Jun 2021, 6:47 AM
DUN Subang Jaya sumbang 6,000 roti kepada pesakit CAC Stadium Malawati

SHAH ALAM, 8 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menyumbangkan sebanyak 6,000 roti kentang dan minuman kepada pesakit di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati sepanjang bulan ini.

Wakil rakyatnya berkata inisiatif itu dijayakan bersama pertubuhan aktif dalam misi mengurangkan pembaziran makanan 'What A Waste PLT' yang menyediakan roti kentang serta tenaga kerja manakala Persatuan Penduduk USJ5 menyumbang dana RM13,000.

"Sumbangan kepada pesakit Covid-19 ini bagi membolehkan mereka menghilangkan lapar dan dahaga apabila menunggu giliran disaring yang kita sedia maklum mengambil masa panjang.

"Tiada penjualan makanan dan minuman di sini bagi mengelakkan jangkitan kerana kebanyakan pengunjung ke CAC adalah pesakit Covid-19, keadaan itu sedikit menyulitkan terutama kepada warga emas serta kanak-kanak," kata Michelle Ng Mei Sze.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan itu kepada wakil CAC Stadium Malawati hari ini. Turut hadir pengasas bersama 'What A Waste PLT', Alvin Chen.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan itu dengan mendapat upah membuat roti kentang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619