AGENDA

Polis nafi KPN minta masyarakat lapor golongan antivaksin

6 Jun 2021, 9:32 AM
Polis nafi KPN minta masyarakat lapor golongan antivaksin

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis hari ini menafikan mesej tular mendakwa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Abdullah Sani meminta masyarakat menyalurkan maklumat tentang golongan antivaksin menerusi sebuah portal.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru berkata berdasarkan maklumat yang diterima oleh polis, mesej palsu itu antara lain meminta orang ramai melaporkan ‘penghasut antivaksin’ melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

“Portal dinyatakan dalam mesej palsu terbabit bagaimanapun merupakan portal perkhidmatan projek rintis oleh polis di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian hanya bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat palsu itu dan membuat pertanyaan kepada polis sekiranya berasa ragu tentang sebarang maklumat yang diterima.

“Salurkan pertanyaan kepada PDRM menerusi pautan Facebook rasmi https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi pasukan keselamatan itu,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619