AGENDA

Jurujual muat naik kenyataan kait MySejahtera, program vaksin ditahan

6 Jun 2021, 1:30 AM
Jurujual muat naik kenyataan kait MySejahtera, program vaksin ditahan

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis menahan seorang jurujual peralatan komputer semalam selepas disyaki memuat naik kenyataan berkenaan aplikasi MySejahtera dan program vaksinasi di laman Twitternya yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Petaling Jaya oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman kira-kira 12.05 tengah malam.

Menurutnya, lelaki yang juga pemilik akaun Twitter Abah@chairmanGLC itu ditahan hasil maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Sebuah telefon bimbit, router (penghala) dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini dirampas dan lelaki itu direman satu hari (5 Jun) untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platfom terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619