AGENSI

Kilang sarung tangan getah dibenar operasi semula

4 Jun 2021, 5:15 AM
Kilang sarung tangan getah dibenar operasi semula

SHAH ALAM, 4 JUN: Kilang sarung tangan getah disita Isnin lalu kerana melepaskan sisa buangannya yang belum dirawat ke longkang awam dibenarkan beroperasi semula selepas penambahbaikan dilakukan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata kebenaran diberikan selepas siasatan susulan bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di premis terletak di Beranang, Hulu Langat itu, semalam.

"Berdasarkan pemerhatian ke atas semua punca kerosakan dan kawasan berpotensi menyebabkan pencemaran, pihak premis telah mengambil langkah pencegahan dengan baik dan mematuhi arahan dikeluarkan sebelum ini.

"Sehubungan itu arahan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38 (1) Akta Alam Sekitar 1974 telah ditarik balik," katanya di Facebook hari ini.

Isnin lalu, kilang berkenaan yang dibenarkan beroperasi dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) menyeluruh diarah tutup selepas dikesan melepaskan sisa buangannya ke longkang awam.

Dalam pemeriksaan itu, JAS Selangor mendapati air cucian dan bilasan bahan berkaitan bercampur asid telah dibuang ke saliran berhampiran tanpa dirawat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619