AGENDA

Sembah tahniah ulang tahun kelahiran ke-50 Tengku Permaisuri Norashikin

4 Jun 2021, 4:57 AM
Sembah tahniah ulang tahun kelahiran ke-50 Tengku Permaisuri Norashikin

SHAH ALAM, 4 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahirannya ke-50 hari ini.

Ucapan tahniah dan selamat lahir dizahirkan menerusi laman rasmi Facebook Selangor Royal Office.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran yang Ke-50 DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

"Semoga Allah subhanahu wata’ala lanjutkan usia tuanku dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!," lafaz doa.

Setakat jam 12.30 tengah hari, hantaran berkenaan mendapat kira-kira 1,900 tanda suka dan warganet terutamanya rakyat Selangor mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin menerusi platform itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619