AGENSI

Tidak benar Klinik Kesihatan Tanjung Karang buka daftar vaksin

3 Jun 2021, 3:20 PM
Tidak benar Klinik Kesihatan Tanjung Karang buka daftar vaksin
Tidak benar Klinik Kesihatan Tanjung Karang buka daftar vaksin

SHAH ALAM, 3 JUN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menafikan Klinik Kesihatan Tanjung Karang membuka pendaftaran suntikan vaksin kepada orang awam seperti tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menerusi Facebook hari ini, agensi tersebut menegaskan mesej ditularkan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Slot suntikan terhad bagi pesakit NCD (penyakit tidak berjangkit) yang sedang dalam rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Karang. Pesakit berkenaan telah dikenal pasti sesuai untuk divaksin oleh doktor yang merawat.

"Mereka telah mendaftar dengan MySejahtera dan bersetuju untuk menerima suntikan vaksin pada tarikh akan ditetapkan," katanya.

PKD Kuala Selangor juga menegaskan individu yang hadir ke klinik bagi tujuan berkenaan tidak akan dilayan.

Berdasarkan mesej tular dikongsi PKD Kuala Selangor, Klinik Kesihatan Tanjung Karang didakwa membuka senarai untuk suntikan vaksin dan hanya diadakan sebanyak dua kali serta terhad kepada 200 orang sehari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619