AGENSI

Lebih 3,000 sertai Saringan Komuniti DUN Dengkil, 26 mungkin positif

3 Jun 2021, 9:25 AM
Lebih 3,000 sertai Saringan Komuniti DUN Dengkil, 26 mungkin positif
Lebih 3,000 sertai Saringan Komuniti DUN Dengkil, 26 mungkin positif

SHAH ALAM, 3 JUN: Seramai 26 individu berkemungkinan positif Covid-19 hasil Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya, semalam.

Dato' Menteri Besar berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 3,251 peserta yang menjalani ujian percuma bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.

"Kerajaan Negeri akan meneruskan dan memperluaskan usaha ini bagi mengesan pembawa senyap di dalam masyarakat," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Berdasarkan perkongsian data di Facebook miliknya, seramai 3,225 individu atau 99.2 peratus lagi adalah negatif.

Setakat semalam, lebih 81,000 individu menyertai Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu.

Daripada jumlah itu didapati hampir 3,000 peserta disahkan positif menerusi saringan menggunakan kit pantas antigen (RTK-Ag).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619