AGENDA

Zoo Negara boleh bertahan tiga bulan tanpa pengunjung

3 Jun 2021, 3:37 AM
Zoo Negara boleh bertahan tiga bulan tanpa pengunjung

SHAH ALAM, 3 JUN: Operasi Zoo Negara hanya bertahan dalam tempoh dua hingga tiga bulan tanpa pengunjung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 Jun.

Timbalan Presiden Zoo, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pihaknya masih mampu menampung kos makanan haiwan serta gaji, namun terpaksa mengehadkan bilangan kakitangan bekerja lebih masa.

“Kerja lebih masa hanya dibenarkan kepada kakitangan yang perlu membuat pemantauan 24 jam terhadap anak panda Liang Liang yang dilahirkan Isnin lepas.

"Selain itu bekalan makanan haiwan masih mencukupi tetapi tidak boleh dicatu kerana boleh menjejaskan kesihatan haiwan," lapor portal Kosmo! hari ini.

Pada 14 April tahun lepas Zoo Negara menerima sumbangan berjumlah RM1 juta daripada pelbagai pihak untuk menampung kos operasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619