AGENSI

Bimbang ada gejala, lima beranak nekad buat saringan

3 Jun 2021, 1:00 AM
Bimbang ada gejala, lima beranak nekad buat saringan
Bimbang ada gejala, lima beranak nekad buat saringan
Bimbang ada gejala, lima beranak nekad buat saringan

CYBERJAYA, 3 JUN: Bimbang gejala sakit tekak dan selesema yang dialami mendorong sebuah keluarga membuat saringan Covid-19 di Dewan Orang Ramai Serin di sini semalam.

Mohd Sukri Mohd bersama isteri dan tiga anaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesahkan status kesihatan diri selain mengelak menjadi 'pembawa senyap' virus.

"Dalam dua tiga hari lepas saya dan keluarga rasa kurang sihat. Kemudian saya dimaklumkan jiran ada saringan di sini, kami tidak berfikir panjang memang terus pergi.

[caption id="attachment_473789" align="alignleft" width="278"] Mohd Sukri Mohd[/caption]

"Proses saringan berjalan lancar dan diharap Kerajaan Negeri teruskan inisiatif ini kerana ia dapat membantu meringankan beban golongan kurang mampu," kata peniaga berusia 46 tahun itu.

Kakitangan swasta Farah Adibah Mohd Azman bersama anaknya yang berusia empat tahun memilih untuk menjalani ujian Covid-19 berikutan kedua-duanya menghidap penyakit asma.

Wanita berusia 33 tahun itu turut memuji proses saringan yang mudah dan teratur selain tidak perlu menunggu lama seperti di klinik swasta.

Sementara itu, Low Siew Theng, 30, sanggup memandu lebih 10 kilometer dari Kajang kerana tidak mahu terlepas program saringan percuma sekali lagi.

[caption id="attachment_473788" align="alignright" width="293"] Low Siew Theng[/caption]

"Dalam perjalanan memang ada sekatan jalan raya tetapi apabila tunjuk daftar saringan di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), polis lepaskan," katanya.

Lebih 81,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor antara 8 Mei hingga 1 Jun. Daripada jumlah itu, 3,000 individu disahkan positif.

Program pengawasan Covid-19 dibuat secara aktif di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyasar golongan berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619