AGENSI

Yide anjur siri bacaan Yasin, mohon bendung ancaman wabak

3 Jun 2021, 12:18 AM
Yide anjur siri bacaan Yasin, mohon bendung ancaman wabak

SHAH ALAM, 3 JUN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menganjurkan bacaan Yasin secara dalam talian mulai semalam bagi memohon perlindungan daripada ancaman Covid-19.

Program disertai hampir 100 anak yatim bawah pusat jagaan yayasan itu turut melibatkan pesakit dari enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah berkata inisiatif melalui aplikasi Google Meet akan diteruskan lagi pada 4, 7, 9 dan 11 Jun ini.

“Siri bacaan Yasin ini sebagai salah satu jalan untuk bermunajat kepada Allah SWT bagi membendung wabak ini dari terus menular,” katanya dalam kenyataan.

“Dalam siri akan datang, Yide akan tampilkan penceramah jemputan sebagai Naqib untuk mengetuai bacaan Yasin selain sesi tazkirah motivasi kepada anak yatim sebagai wadah rohani dan semangat untuk mereka sepanjang perintah kawalan."

Selain Yide, program sama turut dianjurkan Mais sepanjang pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama mulai Selasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619