AGENSI

Lebih 81,000 sertai Saringan Komuniti, 3,000 positif

2 Jun 2021, 8:35 AM
Lebih 81,000 sertai Saringan Komuniti, 3,000 positif
Lebih 81,000 sertai Saringan Komuniti, 3,000 positif

SEPANG, 2 JUN: Lebih 81,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor sejak 8 Mei hingga semalam.

Pengurus Klinik Selcare berkata daripada jumlah itu didapati hampir 3,000 peserta disahkan positif menerusi saringan menggunakan kit pantas antigen (RTK-Ag).

"Majoriti mereka yang hadir iaitu 70 peratus adalah dalam linkungan usia 20 hingga 40 tahun diikuti kanak-kanak dan warga emas.

"Manakala kumpulan yang positif pula rata-ratanya tiada gejala. Tindakan orang awam hadir ujian ini langkah terbaik untuk mengelak daripada menjadi penyebar virus," kata Mohd Noor Md Nasir.

[caption id="attachment_473721" align="alignright" width="380"] Mohd Noor Md Nasir bercakap kepada Media Selangor ketika program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Saringan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya di sini hari ini.

Pada masa sama, Md Noor berkata Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tidak menjejaskan kehadiran orang awam sebaliknya tetap ramai walaupun pada hari bekerja.

Menurutnya, jumlah pradaftar setakat jam 12 tengah hari tadi di DUN tersebut seramai 4,409 manakala 832 di DUN Sungai Pelek.

"Alhamdulillah bermula jam 9 hingga 10 pagi sudah lebih 500 orang disaring iaitu mencapai jumlah sasaran dalam tempoh sejam," katanya.

Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619