SELANGOR

Kilang plastik operasi lebih masa, sembilan individu dikompaun

2 Jun 2021, 8:14 AM
Kilang plastik operasi lebih masa, sembilan individu dikompaun

SHAH ALAM, 2 JUN: Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan, Petaling Jaya dikenakan kompaun RM10,000 kerana beroperasi lebih masa semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata pemeriksaan pada jam 10.45 malam di kilang berkenaan dilakukan selepas didapati melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Satu kompaun RM10,000 dikeluarkan terhadap seorang wanita berusia 41 tahun yang juga penyelia kilang berkenaan.

"Tujuh wanita dan seorang lelaki yang juga pekerja dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang,” kata Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini.

Tindakan itu dikenakan mengikut Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619