AGENDA

Artis harus berdisiplin patuhi SOP, jadi teladan awam

1 Jun 2021, 2:50 PM
Artis harus berdisiplin patuhi SOP, jadi teladan awam

SHAH ALAM, 1 JUN: Artis atau pempengaruh (influencer) harus berdisiplin dalam mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19.

Pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata golongan berkenaan sebaiknya menggunakan media sosial ke arah kebaikan agar menjadi ikutan masyarakat.

"Ikutkan memang ramai individu melanggar SOP tetapi disebabkan kita ini artis atau golongan berpengaruh, apa yang dipapar di media sosial menjadi tumpuan orang awam.

"Saya nasihatkan artis dan semua influencer gunakan media sosial ke arah kebaikan, pos sesuatu yang tidak menimbulkan kebencian kepada orang awam, elak untuk dibenci," katanya menerusi rakaman Bual Bicara SelangorTV malam ini.

Anak kepada penyanyi rock, Amy Search yang baharu sahaja sembuh daripada jangkitan Covid-19 itu juga meminta masyarakat agar menghentikan sikap menuding jari kepada mana-mana individu sebaliknya bantu petugas barisan hadapan memutuskan rantaian wabak.

"Biar kita terkenal sebab bakat atau kebaikan jangan dibenci sebab kesalahan atau keburukan yang dibuat.

"Hentikan menunding jari kepada mana-mana orang, buang sikap saling membenci sebaliknya bantu petugas barisan hadapan kita selamatkan negara untuk memutuskan rantaian wabak," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619