AGENDA

Kutipan tabung Palestin kini hampir cecah setengah juta ringgit

1 Jun 2021, 1:05 PM
Kutipan tabung Palestin kini hampir cecah setengah juta ringgit

KLANG, 1 JUN: Kutipan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang dilancar pada 19 Mei bagi membantu rakyat Palestin kini hampir mencecah setengah juta ringgit.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran RM1 juta dalam tempoh terdekat.

"Tabung ini dilancar bertujuan pertamanya untuk membeli ambulans, kedua membeli kenderaan pelbagai guna dan ketiga bantuan bekalan makanan.

"Alhamdulillah setakat ini jumlah kutipan kita hampir setengah juta dan kita akan teruskan sehingga mencapai sasaran," katanya ketika ditemui membuat tinjauan Saringan Komuniti di Dewan Sukan Klang di sini.

Katanya, kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin itu juga dibuat di pekarangan lokasi saringan.

Kerajaan Negeri melancar tabung berkenaan untuk rakyat Palestin selama 10 hari sejak 19 Mei, namun dilanjutkan dua minggu lagi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin boleh dibuat melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.pedulipalestin.com/selangor

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619