AGENDA

Tiga suri rumah serah barang kemas RM30,000 untuk tabung Palestin

1 Jun 2021, 9:57 AM
Tiga suri rumah serah barang kemas RM30,000 untuk tabung Palestin
Tiga suri rumah serah barang kemas RM30,000 untuk tabung Palestin

SHAH ALAM, 1 JUN: Tiga suri rumah menyumbangkan barang kemas bernilai hampir RM30,000 kepada Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi membantu penduduk Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman Israel.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni terharu dan menyifatkan tindakan individu itu memberi inspirasi serta diharap menjadi teladan kepada masyarakat.

"Saya merasa sangat terharu apabila ada suri rumah yang menyumbangkan rantai leher dan gelang emas kesayangan mereka untuk Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin.

"Jumlah nilai barangan tersebut dianggarkan hampir RM30,000. Tindakan tiga suri rumah tersebut sangat menginspirasikan dan diharap menjadi teladan kepada semua untuk berkorban," katanya di Facebook.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu acara ringkas di Pejabat EXCO, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

Pada 19 Mei, Kerajaan Negeri memperkenalkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang menyasar kutipan RM1 juta untuk membantu penduduk Palestin.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.pedulipalestin.com/selangor dan salurkan bantuan ke nombor akaun 8604747531 – Bendahari Negeri Selangor (CIMB ISLAMIC) dengan rujukan Palestin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619