AGENSI

Skuad Pantas LUAS pantau sungai 24 jam walau PKP

1 Jun 2021, 7:36 AM
Skuad Pantas LUAS pantau sungai 24 jam walau PKP

SHAH ALAM, 1 JUN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meneruskan operasi pemantauan selama 24 jam di lembangan sungai utama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan hari ini menyebut langkah terbabit bagi memastikan tiada insiden pencemaran dan henti tugas loji rawatan air (LRA) dalam tempoh tersebut.

"LUAS menggerakkan Skuad Pantas untuk melaksanakan operasi pemantauan 24 jam di lembangan-lembangan sungai utama negeri untuk memastikan insiden pencemaran dan henti tugas LRA tidak berlaku sepanjang tempoh PKP," katanya.

LUAS berkata operasi ibu pejabatnya dan dua cawangan di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun.

Katanya, sebarang urusan atau pertanyaan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2647904 dan e-mel aduan@luas.gov.my.

Kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh dua minggu mulai hari ini.

Keputusan mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 melebihi 8,000 kes sehari, kes aktif lebih 70,000 dan angka korban yang semakin meningkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619