EXCO

Seramai 350 peserta tanding Liga Usahawan, pemenang terima pakej niaga

31 Mei 2021, 11:30 AM
Seramai 350 peserta tanding Liga Usahawan,  pemenang terima pakej niaga

SHAH ALAM, 31 MEI: Seramai 350 peserta menyertai Liga Usahawan anjuran Kerajaan Negeri bermula Jun sehingga Disember, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata penganjuran julung kali itu mempertandingkan empat kategori iaitu PROTUNe (pelajar sekolah dan guru), GROW (graduan universiti), Say LEAD (orang kelainan upaya) dan Say Aspire (usahawan belia).

"Dalam tempoh enam bulan, kita bimbing dan mencungkil kebolehan peserta selain mewujudkan persaingan sihat sesama mereka sebelum memilih tiga terbaik setiap kategori untuk ke peringkat akhir.

"Peserta akan membentangkan perancangan perniagaan kepada juri. Pemenang menerima kursus bimbingan serta pakej inisiatif usahawan," katanya pada Majlis Pelancaran Liga Usahawan Selangor secara dalam talian hari ini.

Rodziah berkata program itu mengumpulkan peserta pelbagai kategori dan umur untuk melahirkan usahawan bertaraf global dalam jangka masa panjang.

"Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM1 bilion untuk menjayakan pelbagai program pembangunan serta memperkasa usahawan sejak 10 tahun lepas, terutama ketika negara dilanda wabak Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619