AGENSI

MB ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

31 Mei 2021, 2:28 AM
MB ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

SHAH ALAM, 31 MEI: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada masyarakat Kadazan Dusun dan Murut terutama di Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sambutan perayaan tahun ini mungkin agak berbeza kerana dirai dalam suasana norma baharu berikutan penularan Covid-19.

"Seperti perayaan lain, Pesta Ka’amatan atau Magavau tidak dapat disambut dengan kawan ataupun keluarga secara berkumpulan.

"Namun, kini peluang untuk menghayati kepentingan musim menuai dengan cara lain dengan keluarga tersayang di rumah.

"Kepada masyarakat Kadazan Dusun dan Murut yang menetap di Selangor, Selamat Hari Ka’amatan kepada anda. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan," katanya menerusi Facebook.

Masyarakat tersebut menyambut pesta itu semalam disusuli dengan sambutan Hari Gawai oleh komuniti Dayak esok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619