AGENDA

Pasangan jarak jauh dilarang rentas daerah, negeri

30 Mei 2021, 12:38 PM
Pasangan jarak jauh dilarang rentas daerah, negeri

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri membabitkan pasangan jarak jauh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasangan terbabit terpaksa 'berkorban' selama dua minggu bagi memutuskan rantaian Covid-19.

"Manakala, pihak yang telah mendapat surat kebenaran rentas negeri dan daerah sebelum ini tidak akan terpakai bermula Selasa ini.

"Kebenaran akan ditamatkan pada esok dan kementerian akan mengeluarkan surat baharu berkaitan bekerja.

"Bagaimanapun, kita membenarkan rentas negeri membabitkan kes berkaitan kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya dengan kebenaran polis," katanya pada sidang media khas hari ini.

Beliau juga menjelaskan hanya ada dua sumber yang berhak mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri dan daerah iaitu kementerian yang berkaitan dengan bidang kerja serta polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619