SELANGOR

Polis Shah Alam nafi berita anggotanya ditawan tahanan

29 Mei 2021, 1:45 PM
Polis Shah Alam nafi berita anggotanya ditawan tahanan

SHAH ALAM, 29 MEI: Polis Shah Alam menafikan kejadian ‘ditawan tahanan' sepertimana tajuk berita ‘Polis Kena Tawan’ yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Dalam berita itu menyatakan seorang anggota polis berpusat di Shah Alam berdepan detik cemas apabila ditawan dan diserang sekumpulan tahanan lokap hingga cedera ketika mangsa bersama dua anggota polis lain melakukan pemeriksaan mengejut terhadap semua sel lokap.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib amat menghargai sekiranya media dapat memastikan berita yang disampaikan kepada umum adalah tepat.

“Pohon kerjasama semua rakan media untuk berhubung dengan pihak media Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (DSP Karthik ditalian 012-9300162) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau pengesahan maklumat bagi memastikan berita yang disampaikan adalah tepat dan benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619