EXCO

Individu diuji negatif Covid-19 jangan lalai, patuh SOP

28 Mei 2021, 10:06 AM
Individu diuji negatif Covid-19 jangan lalai, patuh SOP

SHAH ALAM, 28 MEI: Individu diuji negatif hasil Saringan Komuniti Covid-19 diingatkan terus berwaspada bagi mengelak jangkitan wabak, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga.

Rodziah Ismail berkata masyarakat mesti mempraktikkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.

"Diri kita mungkin bebas Covid-19 dalam tempoh 10 hari, tetapi jangan lalai kerana ada kemungkinan kita dijangkiti selepas tempoh itu.

"Saya menggesa masyarakat ambil langkah ketat dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), elak keluar rumah jika tiada urusan penting," katanya.

Beliau yang juga EXCO Kerajaan Negeri ditemui selepas meninjau saringan secara percuma anjuran Kerajaan Selangor di Dewan Alamanda, Seksyen 20 hari ini.

Tambah Rodziah seramai 4,000 individu mendaftar awal menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) untuk menyertai program saringan di DUN Batu Tiga.

Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang boleh mengesan jangkitan dalam tempoh kurang 30 minit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619