ADN

DUN Sentosa sedia lebih RM10,000 bantu keluarga terjejas pandemik

28 Mei 2021, 3:29 AM
DUN Sentosa sedia lebih RM10,000 bantu keluarga terjejas pandemik

SHAH ALAM, 28 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa memperuntuk lebih RM10,000 untuk mengagih barangan dapur untuk golongan memerlukan berikutan penularan Covid-19.

Ahli Dewan Negerinya berkata sumbangan kepada 120 keluarga terjejas itu merangkumi bekalan makanan asas seperti tepung, beras, gula, kicap, biskut dan mee segera.

"Bantuan ini bertujuan meringankan beban mereka terutama yang kehilangan pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ketika ini.

"Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak membantu dan DUN Sentosa akan berusaha menolong lebih ramai penduduk yang terkesan," kata Dr G Gunaraj ketika dihubungi SelangorKini.

Susulan peningkatan kes Covid-19 saban hari, beliau menggesa masyarakat terus mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619