ADN

Putrajaya disaran beri peluang Selangor urus vaksin, percepat imuniti kelompok

28 Mei 2021, 3:14 AM
Putrajaya disaran beri peluang Selangor urus vaksin, percepat imuniti kelompok

SUBANG, 28 MEI: Kerajaan persekutuan disaran memberi kebebasan kepada Selangor menguruskan program suntikan vaksin Covid-19 bagi mempercepat imuniti kelompok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara berkata Kerajaan Negeri berupaya berbuat demikian seperti pelaksanaan Program Saringan Komuniti secara besar-besaran ketika ini.

"Kita berharap pihak berkaitan mempertimbangkan cadangan ini apatah lagi program saringan secara percuma yang dilaksanakan pada setiap hari mengesan banyak kes positif.

"Majoriti rakyat mahu cepat terima suntikan vaksin susulan peningkatan kes kebelakangan ini," kata Shatiri Mansor pada program Saringan Komuniti di Dewan Serbaguna MBSA U5, Subang Bestari semalam.

Pada 19 Mei Dato’ Menteri Besar menjangkakan proses pembelian 2.5 juta dos vaksin dimuktamad pada bulan depan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata vaksin itu diagih percuma kepada rakyat selain dijual kepada majikan pada harga kos.

Pada 18 Januari, Kerajaan Selangor mengumumkan hasrat membeli lima juta dos vaksin melalui peruntukan RM100 juta bagi membantu mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619