AGENDA

Menteri agama, ustaz popular kena kompaun langgar SOP

27 Mei 2021, 5:37 AM
Menteri agama, ustaz popular kena kompaun langgar SOP

SHAH ALAM, 27 MEI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dikompaun RM2,000 kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) dalam majlis tahnik anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bulan lalu.

Ketua Polis Selangor Dato' Arjunaidi Mohamed berkata selain Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari yang turut hadir ke majlis itu dikompaun kadar sama.

Tindakan dibuat atas arahan Timbalan Pendakwa Raya selepas meneliti kertas siasatan berhubung majlis diadakan di Ampang itu.

"Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang selain tiga anak Khalid dikompaun RM2,000," katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Sebelum ini beberapa gambar berkaitan majlis mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk komen negatif mendakwa berlaku aktiviti rentas negeri oleh tetamu yang hadir.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza dan Khalid memohon maaf sekiranya menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat namun menafikan majlis berkenaan melanggar SOP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619