AGENDA

Maqis rampas lebih 25 tan daging Australia tiada logo halal

26 Mei 2021, 5:37 AM
Maqis rampas lebih 25 tan daging Australia tiada logo halal

SHAH ALAM, 26 MEI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas lebih 25 tan daging lembu sejuk beku dari Australia, di Pelabuhan Klang Barat, Isnin lepas kerana didapati tiada logo halal di dalam kotak dagangan.

Pengarah Maqis Negeri Selangor Zamri Hashim berkata hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguasa Maqis pada 4.20 petang itu mendapati pengimport daging tersebut gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan yang dikehendaki sepertimana dalam syarat Permit Import yang diluluskan.

"Berikutan itu, semua daging lembu sejuk beku dianggarkan seberat 25,289.30 kilogram dan bernilai RM309,541.03 dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import Maqis merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya, katanya.

"Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619