AGENDA

Daftar vaksin AstraZeneca untuk bawah 60 tahun bermula esok

25 Mei 2021, 9:59 AM
Daftar vaksin AstraZeneca untuk bawah 60 tahun bermula esok

SHAH ALAM, 25 MEI: Slot janji temu pendaftaran vaksin AstraZeneca pusingan kedua untuk individu bawah 60 tahun akan bermula jam 12 tengah hari esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata keutamaan diberi kepada mereka di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri, Sarawak, lapor Harian Metro.

"Kita akan beri keutamaan kepada warga emas hari ini dan esok dan beri keutamaan pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui janji temu pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) biasa.

"Bagi mempercepatkan slot janji temu pusingan kedua vaksin AstraZeneca, kita akan buka esok untuk orang ramai," katanya.

Beliau berkata sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan untuk pusingan kedua PPVAZ berikutan penghantaran vaksin pada 21 Mei lalu dan satu lagi dijadualkan hujung bulan ini.

"Kemaskini terbaru yang diperoleh pada jam 12 tengah malam tadi menunjukkan, daripada jumlah keseluruhan itu sebanyak 228,347 slot berjaya ditempah di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

"Sistem tempahan ini masih lagi dibuka dan akan terus menerima pendaftaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619