AGENDA

Rawatan mangsa kemalangan LRT tidak jejas wad Covid-19 di HKL

25 Mei 2021, 9:00 AM
Rawatan mangsa kemalangan LRT tidak jejas wad Covid-19 di HKL

PUTRAJAYA, 25 MEI: Rawatan terhadap mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tidak menjejaskan pengurusan rawatan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata 64 mangsa yang cedera dalam insiden semalam itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam daripada mangsa kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator) dan tiga lagi berada di bilik pembedahan.

“Wad Covid-19 di HKL tidak terganggu dan masih boleh menggunakan kemudahan peralatan perubatan sedia ada.

"Ventilator sudah diagihkan untuk kes tertentu di wad Covid-19, unit rawatan rapi (ICU) dan kritikal. Ini tidak mengganggu kegiatan biasa dan kegiatan merawat pesakit Covid-19,” katanya pada sidang media Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya bersama-sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini.

Dua tren LRT laluan Kelana Jaya, sebuah membawa penumpang dan sebuah lagi tren rosak yang sedang dipandu uji telah bertembung dalam kejadian pada 8.45 malam semalam di kawasan terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, menyebabkan 213 penumpang cedera.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619