AGENSI

Umat Islam disaran semak kiblat sempena Istiwa' A’dzam

25 Mei 2021, 4:20 AM
Umat Islam disaran semak kiblat sempena Istiwa' A’dzam

SHAH ALAM, 25 MEI: Umat Islam disaran tidak melepaskan peluang melakukan semakan kiblat sempena fenomena Istiwa' A’dzam pada Jumaat ini.

Jabatan Mufti Selangor menerusi Facebook memaklumkan fenomena itu akan berlaku sekitar jam 5.16 petang.

Anda boleh melakukan semakan dengan tatacara berikut:

- Memastikan waktu yang tepat (dail 1051 untuk semakan jam) atau rujuk waktu Sirim di pautan berikut mst.sirim.my

- Menggunakan objek yang tegak dan lurus

- Halakan objek ke arah cahaya matahari

- Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat

- Tandakan garis bayang yang terhasil

- Tempoh semakan bermula jam 5:10 - 5:40 petang

Istiwa' A'dzam ialah kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah dengan fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619