AGENDA

STFC: Saringan Komuniti bertujuan lindungi rakyat

24 Mei 2021, 1:20 PM
STFC: Saringan Komuniti bertujuan lindungi rakyat

SHAH ALAM, 24 MEI: Saringan Komuniti diperkenalkan bertujuan melindungi kesihatan serta kebajikan rakyat akibat penularan Covid-19, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata negeri ini yang menerajui sektor ekonomi terbesar negara menyumbang kepada berlakunya penularan wabak di tempat kerja.

"Populasi Selangor yang tinggi iaitu 6.9 juta dan kesesakan pekerja serta perindustrian, bersekali dengan mobilisasi manusia yang pesat, kesemuanya terkait langsung dengan kadar penularan serta perebakan virus ini," katanya.

Beliau berkata demikian di Facebook menerusi segmen "Anda Tanya, Dr Dzul Jawab" menjawab soalan berkaitan rasional Selangor membuat Saringan Komuniti.

Tambahnya, golongan berpendapatan rendah (B40), bekerja sendiri selain kakitangan swasta dan kerajaan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri untuk mendapat inisiatif itu.

Sejak 8 Mei hingga 10 Jun, Kerajaan Selangor menjalankan pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag).

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 menyasarkan individu berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619