AGENDA

Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin untuk misi dalam dan luar negara

24 Mei 2021, 8:02 AM
Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin untuk misi dalam dan luar negara

SHAH ALAM, 24 MEI: Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin digunakan untuk misi bantuan dalam dan luar negara pada masa depan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha membantu rakyat Palestin permulaan ke arah kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi kemanusiaan.

"Bantuan merentasi sempadan negara atau negeri tidak boleh terhenti kerana masih banyak masyarakat di luar sana memerlukan sokongan kita.

"Semoga  banyak syarikat atau individu tampil menghulur sumbangan, sedikit pemberian daripada kita besar ertinya kepada golongan dihimpit penderitaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Kerajaan Negeri melancar Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin untuk rakyat Palestin dengan sasaran kutipan RM1 juta dalam tempoh 10 hari.

Sejumlah RM223,957.77 berjaya dikutip setakat ini sejak tabung dibuka pada 19 Mei lepas.

Kutipan diserah kepada Global Peace Mission Malaysia (GPM) untuk pembelian SelangorAid Ambulans yang dilengkapi pelbagai kelengkapan bernilai RM350,000 dan SelangorAid trak (RM450,000).

Baki sumbangan berjumlah RM150,000 digunakan pembelian makanan dan minyak generator (RM50,000).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619