AGENDA

Kerajaan disaran tubuh badan bebas siasat kes tahanan maut dalam lokap

24 Mei 2021, 2:53 AM
Kerajaan disaran tubuh badan bebas siasat kes tahanan maut dalam lokap

SHAH ALAM, 24 MEI: Kerajaan digesa menubuhkan badan bebas bagi menyiasat dakwaan salah laku polis susulan kejadian tahanan maut ketika di dalam lokap.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr G Gunarajah berkata perkara itu berikutan kurang sebulan kejadian yang sama berlaku terhadap tahanan di daerah yang sama iaitu Gombak.

Beliau berkata terdapat beberapa pencanggahan fakta membabitkan kematian mendiang S Sivabalan dan siasatan perlu dilakukan demi keadilan kepada keluarga mangsa serta menjaga imej dan nama baik polis.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyegerakan siasatan. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera penting bagi menyiasat tuduhan terhadap polis dan menyelamatkan nyawa tahanan lain," katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Mei, S Sivabalan yang juga pengawal keselamatan dilaporkan maut pada jam 12.25 tengah hari selepas kurang sejam ditahan polis bagi siasatan kes pemerasan.

Sebelum itu pada April lalu, seorang pejual susu lembu, A Ganapathy turut meninggal dunia ketika dalam tahanan selepas lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Selayang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619