AGENDA

Polis siasat pemilik akaun Facebook muat naik 'Nilai 3 terletak di Selangor'

23 Mei 2021, 3:08 PM
Polis siasat pemilik akaun Facebook muat naik 'Nilai 3 terletak di Selangor'
Polis siasat pemilik akaun Facebook muat naik 'Nilai 3 terletak di Selangor'

SEREMBAN, 23 MEI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook, disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun tersebut dikenali sebagai N9 RADAR akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

"Pemilik akaun itu memuat naik status 'Nilai 3 terletak di negeri Selangor'. Kita menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berlata kenyataan dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook berkenaan boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial masing-masing.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619