AGENDA

Amaran buat Israel, jangan jadikan gencatan senjata modal politik

23 Mei 2021, 2:15 AM
Amaran buat Israel, jangan jadikan gencatan senjata modal politik

SHAH ALAM, 22 MEI: Israel diingatkan tidak menjadikan tawaran genjatan senjata terhadap Palestin sebagai modal meraih sokongan politik domestik.

EXCO hal ehwal agama Islam menyifatkan perbuatan tentera zionis menyerang Gaza ketika 10 malam terakhir Ramadan satu jenayah yang tidak boleh diterima.

"Rakyat Malaysia mesti bersatu padu memastikan Al-Aqsa tidak dicerobohi lagi. Ternyata sokongan masyarakat dunia berhasil menyampaikan mesej kecaman kepada Israel dan ia tidak harus terhenti.

"Pengguna media sosial (warganet) mesti sentiasa aktif menjadi pemerhati antarabangsa yang tidak akan membiarkan Israel sewenang-wenangnya mengganas di bumi Palestin," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau yakin sumbangan dikumpul Kerajaan Selangor dapat membantu penduduk Gaza membangunkan semula negara yang musnah teruk sepanjang 11 hari diserang.

"Rakyat Palestin berhak hidup aman di bumi kelahiran sendiri. Apa sahaja pendekatan aman dan damai harus direalisasikan demi kehormatan dan keselamatan rakyat negara itu," kata Mohd Zawawi.

Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin selama 10 hari bermula 19 Mei menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta bagi membantu rakyat negara itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619