AGENDA

Sokongan buat Palestin, sumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin

22 Mei 2021, 5:37 AM
Sokongan buat Palestin, sumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin
Sokongan buat Palestin, sumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin

SHAH ALAM, 22 MEI: Orang ramai boleh menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin.

Dato’ Menteri Besar berkata penindasan ke atas negara itu memberi kesan besar berikutan peningkatan kematian dan kemusnahan yang bagaikan tiada penghujung.

"Bantuan meliputi ambulans dan kelengkapan perubatan, kenderaan bantuan kemanusiaan, bantuan untuk hospital di Gaza serta kotak makanan," kata Dato' Seri Amirudin Shari melalui Facebook.

Beliau berkata sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

"Mereka yang membuat sumbangan layak mendapat potongan cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (tertakluk kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri)," katanya.

Pada 19 Mei, Kerajaan Negeri melancarkan tabung itu dengan kerjasama Global Peace Mission bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Kempen selama 10 hari bermula 19 Mei menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

[caption id="attachment_472375" align="aligncenter" width="500"] Sumber Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619