AGENSI

Gagal sedia alat sukat suhu, 13 peniaga pasar dikompaun

22 Mei 2021, 1:10 AM

SHAH ALAM, 22 MEI: Seramai 13 peniaga Pasar Pagi Jalan Margoda, Sri Damansara dikompaun semalam kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) perintah kawalan.

Ketua polis Petaling Jaya berkata peniaga terbabit gagal menyediakan pengimbas kod QR MySejahtera dan alat penyukat suhu pelanggan, lapor Harian Metro.

"Polis turut mengeluarkan kompaun kepada dua pengunjung kerana tidak mengimbas dan mendaftar masuk MySejahtera. Operasi dijalankan bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula jam 7 pagi," kata Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Beliau berkata MBPJ turut mengeluarkan saman terhadap 30 peniaga kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah selain menyita barang perniagaan milik seorang warga asing.

"Orang ramai termasuk peniaga diingatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka," kata Mohamad Fakhrudin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619