AGENDA

PAKATAN cadang benarkan beli vaksin di hospital swasta, Kerajaan Negeri

20 Mei 2021, 9:44 AM
PAKATAN cadang benarkan beli vaksin di hospital swasta, Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 20 MEI: Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 digesa membenarkan Kerajaan Negeri serta hospital swasta menjual vaksin bagi mempercepatkan proses pengendaliannya.

Pakatan Harapan (PAKATAN) berkata tindakan itu akan membantu industri kesihatan negara sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha suntikan imunisasi terbabit.

Jelasnya, ketika ini kebergantungan terhadap tiga vaksin sahaja iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca memberi risiko tinggi serta ancaman kepada negara.

"Kerajaan harus proaktif dalam proses perolehan bahan berkaitan. Malaysia lewat menerimanya berbanding Singapura dan Indonesia.

"Sikap 'tunggu dan lihat' menyebabkan kegagalan mengawal lonjakan kes hingga mengorbankan banyak nyawa. Sekarang masa untuk kita menyemak semula strategi vaksinasi dan menyelamatkan nyawa," katanya menerusi Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 PAKATAN hari ini.

Jawatan kuasa diketuai mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyarankan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mempercepatkan kelulusan vaksin diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pusat kesihatan luar negara.

"Karenah birokrasi keterlaluan dan tidak efisien perlu diatasi. Ini bagi memastikan kelulusan cepat dan tepat di samping menjaga keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut.

"Kerajaan juga perlu memperluaskan pemilihan vaksin selain berunding dengan pengeluar seperti Sinopharm, Novavax dan yang lain serta terus berusaha mendapatkannya kerana syarikat farmasi memberi keutamaan kepada negara kaya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619