AGENDA

Tabung Selangor Prihatin bantu rakyat Palestin

19 Mei 2021, 1:49 PM
Tabung Selangor Prihatin bantu rakyat Palestin

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan kempen selama 10 hari bermula 19 Mei menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

"Sebagai solidariti dengan rakyat Palestin, Kerajaan Selangor setuju menubuhkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang akan disalur kepada mangsa di Palestin.

"Kutipan digerak dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan dilaksanakan melalui sistem e-kerajaan selain sumbangan wakil rakyat, anak syarikat Kerajaan Negeri, swasta dan sumbangan peribadi, " katanya.

Amirudin dalam pada sidang media hari ini berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga meluluskan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Global Peace Mission Malaysia.

Beliau berkata bantuan berkenaan dalam bentuk ambulans dan kenderaan pelbagai guna serta dilengkapi ubat-ubatan yang menjadi keperluan penduduk negara itu.

"Mereka yang menyumbang akan dipertimbang untuk pengecualian cukai mengikut syarat-syarat yang akan ditetapkan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619