AGENDA

STFC cadang PKP lebih bersasar di Selangor

19 Mei 2021, 5:52 AM
STFC cadang PKP lebih bersasar di Selangor

SHAH ALAM, 19 MEI:  Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menyarankan kerajaan persekutuan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih bersasar bagi membendung penularan virus dan menjaga ekonomi rakyat.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  menjelaskan kerajaan persekutuan tidak wajar membuat penilaian berdasarkan jumlah harian kes berikutan kepadatan penduduk di negeri ini adalah 6.9 juta, apatah lagi ada banyak sektor perindustrian.

"Selangor tidak boleh dikatakan yang paling parah kes Covid-19 kerana negeri ini menduduki tempat keempat selepas Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak dari segi nisbah penduduk.

"Selain itu, kebolehjangkitan juga bukanlah tinggi berbanding negeri lain. Kita mahu ‘lockdown’ yang lebih tersasar, lebih efektif dan lebih berkesan," katanya dalam sidang media bersama EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Dzulkeply juga mengingatkan kerajaan persekutuan supaya menimbang penderitaan rakyat termasuk golongan peniaga, pekerja dan pelajar yang bakal terjejas teruk jika PKP penuh dilaksanakan.

Beberapa wakil rakyat di Selangor turut menyaran kerajaan persekutuan menyediakan bantuan bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara sepanjang perintah kawalan dijalankan.

Semalam, Kementerian Kesihatan bercadang menguatkuasakan PKP penuh dan lebih ketat di Selangor jika usaha sedia ada gagal mengekang penularan wabak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619