AGENDA

Maqis patah cubaan seludup 150kg benih belut di KLIA

19 Mei 2021, 3:42 AM
Maqis patah cubaan seludup 150kg benih belut di KLIA

SEPANG, 19 MEI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 150 kilogram (kg) benih belut jenis Anguilla Bicolor yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata rampasan itu dibuat ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan gudang kargo KLIA sebelum dagangan tersebut yang bernilai RM61,612 dijadualkan dieksport pada jam 9 pagi hari yang sama.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesalahan pada barang dagangan tersebut iaitu tidak mempunyai permit eksport Maqis manakala Sijil Kesihatan Perikanan yang dikemukakan kepada pegawai yang bertugas adalah palsu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata kesalahan mengeksport dagangan hasil perikanan tanpa mempunyai permit eksport merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan maksima enam tahun atau kedua-duanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619