ADN

DUN Sungai Ramal peruntuk RM25,000 untuk bantuan Aidilfitri

19 Mei 2021, 2:15 AM
DUN Sungai Ramal peruntuk RM25,000 untuk bantuan Aidilfitri

SHAH ALAM, 19 MEI: Lebih RM25,000 diperuntuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal bagi penyaluran bantuan keperluan asas sempena Aidilfitri.

Wakil rakyatnya berkata Program Bantuan Mega turut melibatkan sumbangan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Mohd Bukhari Bachok, individu dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kami bersama atas satu cita-cita, minat, kemahuan, azam dan kecenderungan yang sama iaitu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, kesulitan serta kekurangan.

"Kebetulan pula dalam keadaan sektor ekonomi dan pekerjaan terkekang serta terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, jumlah rakyat yang perlu dibantu lebih ramai bilangannya pada tahun ini," kata Mazwan Johar menerusi Facebook.

Beliau berkata walaupun berdepan cabaran dari segi penyediaan barangan, tapisan senarai penerima dan tenaga kerja namun kerjasama semua pihak telah menjayakan program tersebut.

"Saya merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua insan yang terlibat menjayakan program ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619