ADN

Wakil rakyat Taman Medan positif Covid-19

18 Mei 2021, 2:56 PM
Wakil rakyat Taman Medan positif Covid-19

SHAH ALAM, 18 MEI: Wakil rakyat Taman Medan disahkan positif Covid-19 hari ini setelah berasa tidak sihat ketika cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata ahli keluarga yang lain turut dijangkiti virus itu selepas mereka membuat saringan semalam, lapor Malaysiakini.

"Semasa raya, saya demam, batuk, dan selesema. Hari ini saya rasa lebih baik berbanding raya.

"Isteri saya, ibu mentua, dan dua anak saya juga positif; kami tinggal di rumah yang sama. Tolong doakan kami sembuh," katanya yang kini menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, Syamsul Firdaus berkata beliau antara wakil rakyat yang menerima vaksin pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurutnya, dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech diterima pada 10 Mac manakala dos kedua pada 31 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin masih perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619