AGENSI

80 peratus 'pembawa senyap' Covid-19 di Selangor babit golongan muda

15 Mei 2021, 11:10 AM
80 peratus 'pembawa senyap' Covid-19 di Selangor babit golongan muda

SHAH ALAM, 15 MEI: Golongan berusia 20 hingga 40 tahun dikesan sebagai ‘pembawa senyap’ virus Covid-19 di negeri ini kerana tidak mengalami sebarang simptom.

Pengurus Selangor Health Care (Selcare) berkata perkara itu dikenal pasti menerusi program saringan komuniti percuma anjuran Kerajaan Selangor bermula 8 Mei lalu, lapor Berita Harian.

“Kumpulan ini adalah golongan produktif, mereka keluar bekerja, melakukan pelbagai aktiviti tanpa menyedari sebenarnya mereka positif Covid-19 sekali gus boleh menjangkiti individu lain.

"Berdasarkan saringan bermula 8 hingga 11 Mei lalu, hampir 80 peratus individu yang positif tanpa gejala adalah daripada kumpulan usia berkenaan,” kata Mohd Noor Md Nasir ketika dihubungi hari ini.

Inisiatif Kerajaan Selangor bagi mengesan wabak itu disambung semula mulai Selasa ini melibatkan Dewan Serbaguna MPAJ dan Dewan Serbaguna MPAJ AU2 mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

Setakat ini seramai 8,585 individu disaring di Dewan Undangan Negeri Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai dan Dusun Tua, Lembah Jaya dan Pandan Indah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 388 kes Covid-19 dikesan dengan hampir keseluruhan melibatkan pesakit tanpa gejala.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619