AGENDA

Petugas pusat kuarantin Serdang ketepi sambutan raya demi khidmat

14 Mei 2021, 1:00 PM
Petugas pusat kuarantin Serdang ketepi sambutan raya demi khidmat
Petugas pusat kuarantin Serdang ketepi sambutan raya demi khidmat
Petugas pusat kuarantin Serdang ketepi sambutan raya demi khidmat
Petugas pusat kuarantin Serdang ketepi sambutan raya demi khidmat

SERDANG, 14 MEI: Seramai 1,250 petugas hadapan pelbagai agensi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 mengorbankan sambutan perayaan Syawal demi tanggungjawab.

Mereka yang ditemui Selangorkini mengakui sedikit sedih kerana tidak dapat merai hari lebaran bersama keluarga, namun demi memastikan lebih 4,000 pesakit terjaga mereka sedia berkhidmat.

[caption id="attachment_471525" align="alignleft" width="339"] Dr Marzilawati Abd Rahman[/caption]

Timbalan Pengarah 2 (Klinikal) berkata melalui pengalamannya lebih 20 tahun menjadi doktor, suasana hari raya di PKRC Serdang adalah paling sibuk berbanding di hospital.

"Di hospital kita tertakluk dengan tugas di wad bersama pesakit dan ia rutin biasa. Pada hari raya tidak begitu sibuk tetapi kali ini di PKRC MAEPS waktu ini paling sibuk dengan kemasukan pesakit tinggi dan kadar kes yang kian meningkat," kata Dr Marzilawati Abd Rahman.

[caption id="attachment_471526" align="alignright" width="339"] Yunus Mohamed[/caption]

Katanya, sambutan perayaan kali ini beliau memilih cara panggilan video dengan menghubungi ahli keluarga bagi mengubat kerinduan.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Yunus Mohamed pula berkata sepanjang bertugas di hari raya, situasi di sana paling meriah yang mana beliau tidak berseorangan berbanding di lokasi lain.

"Walaupun meriah dengan ramai orang, ini bukanlah suasana yang diimpikan semua terutama pesakit Covid-19, saya merayu kepada semua agar sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) kerana kita tidak mahu suasana seperti ini lagi pada Aidilfitri akan datang," katanya.

[caption id="attachment_471527" align="alignleft" width="339"] Ruslan Luk[/caption]

Sementara itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Ruslan Luk berkata selain tugas hakiki, aktiviti yang dijalankan di sana seperti pertandingan dekorasi Aidilfitri dapat menghilangkan perasaan sedih tidak dapat pulang beraya dan pada masa yang sama dapat merasai suasana menyambut Aidilfitri.

"Ini tahun kedua saya tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan kerana Covid-19. Hanya 'video call' sahaja dapat kami 10 adik-beradik lakukan untuk Aidilfitri kali ini. Saya mohon kepada orang ramai untuk patuh SOP kerana kita semua masih belum menang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619