AGENDA

Senandung Aidilfitri #KitaSelangor malam ini ganti Rumah Terbuka Selangor

14 Mei 2021, 7:01 AM
Senandung Aidilfitri #KitaSelangor malam ini ganti Rumah Terbuka Selangor

SHAH ALAM, 14 MEI: Senandung Aidilfitri #KitaSelangor yang ditayangkan malam ini merupakan program gantian Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor.

Dato' Menteri Besar berkata ekoran penularan wabak Covid-19, rumah terbuka yang dianjurkan setiap tahun terpaksa dibatalkan.

"Kita gantikan dengan rakaman Senandung Aidilfitri #KitaSelangor, yang kandungannya memaparkan keunikkan, kebudayaan dan kehidupan rakyat negeri ini.

"Program turut menampilkan artis popular diselitkan dengan dengan lagu selain sketsa menunjukkan pentadbiran serta program di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi video di Facebook.

Justeru, beliau mempelawa orang ramai menonton rancangan berkenaan menerusi laman web selangortv.my atau www.facebook.com/MediaSelangor jam 9 malam ini.

"Meraikan Syawal dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bukan bermakna kita tidak boleh bergembira. Kita raikan dalam norma baharu melawan pandemik," katanya.

Program selama 75 minit itu menampilkan Aisyah, Najwa Latif, Siti Nordiana, Bunkface, Roy, Azmi Caliph Busker dan Ahmad Yassin yang memiliki suara mirip Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Selebriti Salleh Yaacob, Raja Azura dan Ropie Cecupak bergandingan sebagai pengacara dalam program yang dipancar melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV.

Che Puan Juliana Evans turut tampil melakonkan sketsa nasib golongan berpendapatan rendah yang menerima (IPR).

Rakaman program dijalankan antara 3 hingga 10 April di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619