AGENDA

Lima kluster baharu babit tempat kerja dikesan di Selangor

12 Mei 2021, 1:23 PM
Lima kluster baharu babit tempat kerja dikesan di Selangor

SHAH ALAM, 12 MEI: Terdapat lima kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor hari ini membabitkan kluster tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster dilapor itu adalah sebahagian daripada 20 kluster baharu direkod di seluruh negara.

"Kluster pertama adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Tanjung iaitu berlaku di daerah Sepang di mana seramai 173 individu disaring dengan 53 daripadanya positif Covid-19.

"Manakala yang kedua dikesan di Gombak dan Hulu Selangor, Kluster Persimpangan Batu Arang melibatkan 163 daripada 577 individu disaring," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kluster ketiga pula berlaku di Hulu Langat dan Kuala Langat iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih 2 dengan 105 kes daripada 169 orang.

"Kluster seterusnya adalah Kluster Industri Jalan Emas dengan 31 positif Covid-19 daripada 1,588 yang disaring. Ia dikesan di Kuala Langat dan Klang.

"Manakala yang terakhir, Kluster Masjid Lima di Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan 26 daripada 212 didapati positif," katanya.

Beliau juga memaklumkan 39 kematian hari ini dengan lima daripadanya adalah dari Selangor membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 53 hingga 64 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619