AGENDA

MB: Saringan percuma di lapan DUN kesan 388 kes Covid-19

12 Mei 2021, 6:03 AM
MB: Saringan percuma di lapan DUN kesan 388 kes Covid-19

SHAH ALAM, 12 MEI: Sebanyak 388 kes positif Covid-19 dikesan hasil saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama empat hari sejak Sabtu.

Dato' Menteri Besar berkata keputusan diperoleh daripada 8,585 individu yang disaring di DUN Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai, Dusun Tua, Pandan Indah dan Lembah Jaya.

"Kita berkemungkinan menjadi pembawa virus yang tidak aktif atau ‘silent carrier’, dan ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan nyawa mereka di sekeliling kita, terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas.

"Sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri, warga Selangor diingatkan agar mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau menambah, Saringan Komuniti akan diteruskan dan menyarankan orang ramai menyertainya di DUN masing-masing.

"Muat turun aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat), tekan butang 'Sihat' dan pilih 'Pendaftaran Saringan Daftar'," tambahnya.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Saringan dimulakan di DUN Kajang dan Semenyih pada 8 Mei, Sungai Ramal dan Balakong (9 Mei), Teratai dan Dusun Tua (10 Mei) serta Lembah Jaya dan Pandan Indah semalam.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619