AGENDA

Israel serang Palestin: Anwar gesa Putrajaya, OIC suarakan bantahan

12 Mei 2021, 3:00 AM
Israel serang Palestin: Anwar gesa Putrajaya, OIC suarakan bantahan

SHAH ALAM, 12 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras tindakan rejim Israel menyerang penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa pada Sabtu lalu.

Ketua pembangkang menggesa Putrajaya dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengggunakan apa sahaja kuasa dan ruang yang ada bagi menyatakan bantahan terhadap serangan itu.

"Saya menggesa warga yang cintakan keadilan dan kesaksamaan untuk kembali menyikapi konflik ini dengan adil dan bertanggungjawab.

"Isu ini tidak hanya isu orang Islam, malah krisis kemanusiaan yang menjangkau persoalan ras ataupun agama," katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga presiden KEADILAN berkata tragedi di Semenanjung Gaza bukan hanya soal diskriminasi malah usaha penghakisan hak asasi penduduk Palestin dengan pembantaian etnik sebagai matlamat.

"Senario terbaru ini juga terus mempamerkan sikap majoriti negara Islam yang lesu dan bisu dalam menyatakan yang hak dan batil," katanya.

Pada Sabtu lalu, polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah sehingga mencederakan sekurang-kurangnya 200 penduduk Palestin yang menunaikan solat terawih.

Tindakan itu mendorong Hamas yang menguasai Tebing Gaza dan pejuang Palestin melancarkan serangan roket sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel itu.

Sebagai balasan, Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada malam Selasa sehingga 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta lebih 65 lagi cedera.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619